Assalammualaikum. Hello. Annyeong !
First update after 2 weeks dekat UiTM Alor Gajah, Melaka. Actually ingat kan nak update pasal SJM live in Putrajaya tuu. Tapi almaklum lah internet kat Melaka ni lembab nak mampus. So, segala gamba yang nak di upload pun lambat lah jadi nyer. Siput babi pun lagi cepat. Kan Iza kann ? Hehehe :p
UiTM di hati ku ? Iye ke ? Tak. Yer ? Okay lah 50-50. Haha. First week kat sini time orientasi, satu perkataan sahaja --> PENAT. Malas nak explain. Siapa yang pernah kena orientasi tahu lah dia macam mana rasa penat tu. Then, malam-malam boleh pulak menangis sebab penat & rindu parents. Orang tak pernah duduk asrama , macam ni lah jadi nyer. Sebab tu malas nak call parents. Nanti kang tiba-tiba menangis. Haha.
Room mate. Room mate aku, okay-okay laa. Hhaha. Maybe aku tak biasa dengan dorang lagi kut. Kan kan ? Haha. Senior semua okay-okay belaka. Eventhough, kena ragging (kitorang kena nyanyi, sebut password la, kena ingat 31 nama kakak senior T_T ) masa nak mintak tanda tangan. Nasib baik tak suruh lompat katak ke ape kan.
Hidup kat sini biasalah kena independent. Basuh baju sendiri, pakai tangan tau tak ?! Actually, ada washer machine, tapi..tapi.. malas nak turun bawah, then kena bayar rm2.50 lagi. Haha ! I know alasan tak munasabah. Hahaha. Then, kena jimat. bayangkan RM100 boleh habis dalam 2 hari. Ehh, I beli buku okayyy. 1 buku dah rm60 belum plus note yang lecturer bagi lagi. Itu baru 1 subj. Yang lain ?! Tak ke kopak duit aku. PTPTN dah lah tak dapat. Adoi. Rasa berat hati gila bila nak mintak duit kat ayah. Baru sekarang faham susah betul nak belajar kat U ni T~T. Sebab jimat punya pasal, dalam minggu ni je, dah 2 kali aku makan maggi berturut-turut. Malas nak menyusahkan ayah pergi mintak duit. Cehh, anak misali betul :p
Study pulak minggu ni je dah ada bermacam-macam assignment kena buat . Nasib baik laa aku tak bawak hard disk aku tu. Kalau tak, tengok Korea jee laa every night. Oh yea, lupa nak bagitau. My Business Mathematics lecturer kannn..kann handsome gilaaaaaaaa. Muka dia muka budak pandai + alim . Memang ciri-ciri perfect husband lah. Hahah. Dia baru jee habis Master & baru jer jadi lecturer. OMG. Tak tau laa dah kawin ke tak T~T. Hahha.
So far, 50-50 laa duduk sini. still rasa nak balik rumah. Minggu ni tak boleh balik maybe minggu depan laa kot I balik. For me bosan duduk sini. Bukan sebab kawan ke apa. But, sebab I terlepas sume cerita Korea I. Huwwaaa niga neomu pogoshipseo T~T.
p/s : Pasal SJM live in Putrajaya tuu. Kalau internet laju I update okayy x)