Anyeong !

My photo
we sell cute jewelry that will catch your heart

Friday, October 29, 2010

Like seriously I am really addicted to them

-SNSD : HOOT

Ah , what a day

Hari rabu yang lepas , saya , Syafiqa and Amir pergi Mid after sekolah. Wahaha. Memang best kan pegi Mid pakai baju sekolah ? Semua pandang je. Macam tak pernah tengok pula budak sekolah. Lagi - lagi time kat car park . Pandang macam kitorang ni tade lesen je. Ape tujuan kami pergi Mid ? Haa ni yang nak cerita ni , kami ke sana sebab nak beli hadiah Iza for her upcoming birthday. Kitorang plan nak buat surprise birthday party for her hari isnin depan. Nak buat dia sampai menangis. Wawawa. Paling kejam kitorang nak bawa tepung , garam and susu tepung ataupun santan. Haha. Kau tunggu la Iza. Mati lah kau kat situ siput, kena garam daripada kitorang. :/

Penat betul kami kat sane. Sebab asyik ulang balik The Garden -> Mid Valley -> The Garden -> Mid valley -> The Garden. Last - last beli hadiah kat Mid jugak. Saya rase nak cepuk je budak dua ekor tu. Nasib baik lah otw balik rumah tu tak jam. Kalau tak , tak tau lah nak jawab ape kat ayah, Takkan nak jawab pergi Mid pulak kan. Memang nak kena rasa pelempang cicah belacan ler jawabnya.

That should be me

"That should be me holding your hand , that should be me making you laugh"
-Justin Bieber
Kenapa sakit sangat rasa dia :'(

Ah, rindu pulak

Rindu , rindu betul. Bukan rindu Ex, scandal ataupun boyfriend ( Eh awak ada boyfriend ke ? ) tapi rindu cerita drama korea Full House. Haha ! Tau korang bengang. Padan muka padan muka :P.

Macam ni cerita dia , mula-mula saya pergi la kan dekat satu blog ni. Then tiba-tiba ada pulak lagu soundtrack Full house kat situ. Wah , memang legend habis la weh ! Cerita tu tak silap saya lah kan masa saya darjah 6 tau. Bayangkan now saya sekarang dah 17 tahun memang memory habis lah. Masa tu saya tak berjinak - jinak lagi cerita korea ni. Time tengok tu pun sebab kawan yang suruh. Start tahun lepas , saya jadi addicted gila dengan cerita-cerita korea ni. Haha kelakar betul. Ape ? Tak kelakar ? Tak kelakar sudah biar saya gelak sorang-sorang.

Saturday, October 23, 2010

The Unforgettable moment - Graduation :)













Yeahh , today was our graduation day. It was awesome man ! Macam happy gila. memang awesome gilaaa. Bak kata Zafri , Ali , Fatin : Gentle !

Sunday, October 17, 2010

CLEO

Baru je dua hari ayah take off pergi US, dah pikir bukan-bukan. Ape la kau ni Farah. Seriousy doe tak tipu. Aku ni kalau bapak aku pergi out-station mana-mana pun aku pikir bukan-bukan. Patutnya pergi sembahyang , doa kat Allah supaya selamat pulang balik bapak kau, ni tak asyik terbayang benda lain je. Every hours aku tanya kat mak aku 'Ibu, ayah ada call tak ?' Ibu cakap, ' Ayah tak boleh call. Ayah text je'
Tak tahu lah. Mungkin aku ni dah dilahirkan macam tu kot. Yela, bak kata orang aku ni jenis ambil berat pasal sume dalam kata lain aku ni memang baik kat sume orang (ceh, ada kena mengena ke ?) sampai mak aku cakap "jangan baik sangat kat sume orang, nati orang pijak kat kepala awak baru tahu" Tapi aku memang camtu kot. Ape nak buat tak boleh ubah , orang berhati suci lah kate kan. Wahahaha xD
Tapi aku sedih betul sebab sabtu ni adalah hari graduasi sekolah aku. Patutnya excited , overacted ni sedih pulak. Sebab apa ? Haa sebab parents aku tak pergi laa. Sedih tau. Siapa nak amik gamba aku ? Sape nak teman aku makan ? Sape nak rase bangga bila tengok aku naik stage amik sijil ?
Waaaaa :'(. Haish bapak aku ni, nape tak balik hari jumaat ? Kenapa balik hari isnin ? Ha ? Kenapa ?
Dan yang menambahkan lagi kesedihan adalah aku rasa baju kurung aku tak lawa. Aku rasa tersalah beli , ter-over size. Dekat lengan dia gila nampak besar. Nati bila pakai tudung ala-ala yuna tu kan nanti nampak macam cg ******. Hahaha ! Tak perlu la korang cari cikgu mana yang pakai tudung yuna. Cikgu tu tak pakai tudung yuna pun dia pakai tudung bawal biasa je. Aku rasa nak mencarut - carut bila aku pergi kat Ampang Park cari baju kurung kedai tu dah nak tutup. Pelik gila mana ada mall tutup pukul 9.00 p.m ? Last-last cari kat JJ dekat rumah aku tu , cari kat PSA, rembat satu baju kurung yang corak dia ala-ala vintage , then suruh ibu bayar habis cerita. Kadang-kadang tu bengang jugak bila aku tak nak cari baju kurung, punyalah berlambak-lambak baju kurung yang hot, lawa terganting kat kedai tu. Bila aku nak , takde. Bila ada kalau tak harga dia mahal sampai nak mencecah RM500 , mesti saiz dah tak ada. Tak ke bengang ?

Friday, October 15, 2010

Goodbye, We will miss you :)

Today, daddy had to take off to Los Angeles, USA. Sedih gila sebab tak sempat nak salam sebab bangun lambat. Wahaha :P. I hope he did not forget benda yang aku kirim. Muahaha.

p/s : Selamat jalan dan balik ayah ! <3

Ikhlas itu perlu

Tajuk kat atas tu bukan aku nak cerita pasal perasaan cinta yang ikhlas ke ape ye.

Sejak akhir-akhir ni kan , aku selalu rasa macam nak pakai tudung. Aku tak pakai tudung pun bukan ape, tapi before aku nak pakai tudung , aku nak sembahyang aku betul2 cukup 5 waktu. Tak nak lah nati bila dah pakai tudung , solat hampeh. Betul tak ? Bukan aku cakap aku tak pernah solat. Tapi kadang2 memang dalam satu hari tu tak cukup 5 waktu. Lagi - lagi , time kita hang out ke , shopping ke, lagi lah lupa, Itulah manusia. Lagi satu , aku taknak lah pakai tudung semata-mata sebab kawan - kawan aku dah ramai pakai tudung. Taknak lah camtu. Nak pakai tudung hati mesti ikhlas, bukan sebab kawan atau boyfriend atau fesyen terkini , tapi mestilah di sebab kan Allah s.w.t. Ceh, dah berceramah pulak aku ni ye. Lagi satu sebab ialah tudung sekarang ni langsung tak sesuai untuk bentuk muka aku yang comel ni. Hehe x). Lagi2 aku pakai spect. Lagi lah kelakar kan. Aku nak pakai contact lens tapi takut susah nak jaga. Kang tak pasal2 ke bedah.

Sekarang ni , aku tengah berusaha untuk menatapkan solat and mendekatkan diri dengan Allah lagi - lagi SPM nak dekat. Always remember what is success without prayer ? :)

Tuesday, October 5, 2010

This is not new

Hello, I'm not new here. It's been a long time since I started blogging. But because of some reason , I force to myself to delete all the post and change everything. Why ? Don't need to know lah. I just want to be new. This is new me , new life. I change all the things after my birthday (15th. September. 2010) which is has turned me to 17. I want to be more matured and beautiful. Ceh !
Wahaha. For the time being let me private this blog first. Because I'm using my father's laptop right now. He will opened it if he find out.

Actually, there is so much I wanted to tell you guys. Eventhough there is no follower yet. Takpe lah just saje2 nak isi masa terluang. This year birthday is totally not great at all. Seriously, no cakes and even a present from my parents. Takpe sabar je. Kawan-kawan pun same. Ada yang terlupa wish la. Tau la my birthday time tu hari ke 5 korang beraya. Tapi beraya - beraya la jugak jangan la lupa aku weh. But thank youu so much for those who wished my birthday. Sayang korang gila-gila. Sorry terlalu ramai nak list kan :P. and aku lagi sayang for those yang bagi hadiah. xoxoxo. Amir , aku tunggu weh ! X)

And to all SPM candidate, we just got 1 month man ! Ahhh, I wish the time is stop. I prepare everything but except for Additional Mathematics and Account. Why you guys are so damn hard man ?!